PERATURAN MENANAM KABEL BAWAH TANAH SECARA TERUS

SENARAI PERATURAN :
KABEL BAWAH TANAH
  1. Pengalir tembaga yang digunakan mesti mempunyai saiz yang berpatutan supaya arus boleh mengalir tanpa berlakunya kepanasan yang berlebihan. susutan voltan pada kabel tidak boleh melebihi satu-satu had yang telah ditetapkan.
  2. Kabel tersebut mesti mempunyai penebatan yang sempurna dan tebal penebat yang boleh menggelakkan dari terjadi sesuatu kemalangan dan dapat menaham tegasan dielektrik yang tinggi.
  3. Kabel mesti diberi perlindungan mekanikal supaya dapat menaham kerosakan dari penggunaan yang kasar.
  4. Kabel mempunyai kestabilan kimia dan fizikal pada keseluruhannya.
  5. Kemudahan untuk menggelakkan kemasukan air kedalam kabel perlu diambil kira.
MENANAM KABEL BAWAH TANAH SECARA TERUS
  1. Tentukan kedalaman trench yang disediakan adalah sedalam 3 kaki
  2. Kemudian pasir setinggi 15.24 sm(6 inci) ditimbus pada permukaan bawah trench
  3. Kemudian kabel diletakkan pada permukaan pasir tersebut
  4. Diikuti dengan menimbuskan lagi 15.24 sm(6 inci) pasir menutupi kabel.
  5. Batu-batu kemudian diletakkan secara mendatar di permukaan pasir betul-betul di atas sepanjang kabel ditanam.(untuk kabel bervoltan tinggi saiz batu-batunya ialah 22.86 sm×7.62 sm)dan(untuk kabel bervoltan rendah saiz batu-batunya ialah 10.16cm×7.62 cm)
  6. Akhirnya tanah asal digunakkan semula untuk menutup trench tersebut.

Share:

0 comments:

Post a Comment