- Apabila bekalan 3 fasa (AC) akan dibekalkan pada stator putaran medan magnet akan wujud pada stator dengan kelajuan Ns rpm.
- Putaran medan magnet ini tidak digunakan untuk menghasilkan arus pada rotor, kerana rotor akan digerakkan oleh satu penggerak daripada luar yang berputar mengikut arah putaran medan magnet
- Kelajuan rotor (Nr) mestilah sama dengan kelajuan segerak (Ns) .
- Kemudian kelajuan rotor dan segerak akan sama dan bekalan arus terus akan diberikan ke rotor melalui gelang gelincir
- Fluks magnet yang dihasilkan pada rotor (Nr) akan bertindak balas dengan medan magnet berputar
- Seterusnya putaran rotor akan berputar sama laju dengan kelajuan segerak iaitu (Ns = Nr)
- Walaupun pengerak rotor ditanggalkan motor tetap berputar kerana tindakan saling kunci diantara medan magnet stator dengan medan magnet rotor
- Daya yang mengunci rotor dengan stator dikenali sebagai daya kilas tarik kedalam
- Bagi motor segerak rotornya mempunyai batang pengalir sangkar tupai dan ia dijalankan mengikut kendalian motor aruhan sangkar tupai sebelum bekalan arus terus dibekalkan pada rotor apabila rotor hampir laju seperti kelajuan segerak
- Tetapi cara ini terbatas untuk motor yang berukuran sederhana sahaja
PRINSIP KENDALIAN MOTOR SEGERAK 3 FASA
Prinsip kendalian :
Cantik penulisan...mudah difahami..
ReplyDeleteBlh tambah jgk bab lain..bgaimana motor segerak dpt digunakan utk memperbaiki faktor kuasa...bagaimana ianya terjadi
Bgus Penerangan nya..
ReplyDelete