Pengenalan
Apa itu elektrik?
Elektrik adalah sejenis tenaga yang boleh didapati secara semulajadi. Antara contoh sumber elektrik secara semulajadi ialah kilat.Hukum Ohm
Hukum ohm mengatakan bahawa arus berkadaran terus dengan voltan dan berkadaran songsang dengan rintangan.Hubungan antara :
- Rintangan (R) - Ohm
- Arus (I) - Ampere
- Voltan (V) - Volt
Istilah-istilah dalam litar elektrik
- Open circuit ( Litar Buka )
- Close circuit ( Litar Tertutup )
- Short circuit ( Litar Pintas )
Konsep-konsep elektrik
Orang-orang Yunani kuno dan Parthia tahu
tentang elekrik statik, iaitu dengan menggosok benda dengan kain bulu.
Walaupun penerokaan sains atas fenomena ini telah bermula pada zamanRenaissance Eropah,
elektrik pada masa itu hanya digunakan dalam silap mata dan
permainan-permainan, sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat
pada penghujung abad ke-18sehingga pertengahan abad ke-19.
Walaupun "rekaan" terkenal Benjamin Franklin iaitu elektrik dengan
menerbangkan layang-layang semasa hujan kilat hanyalah lebih kepada
cereka berbanding dengan fakta, namun teori-teorinya mengenai hubungan
antara kilat dan elektrik statik telah menimbulkan minat ahli-ahli sains
terkemudian untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang elektrik, dan
hasil-hasil kerja mereka inilah yang telah menjadi asas kepada teknologi
elektrik masa kini. Ahli-ahli sains ini termasuklah Michael
Faraday(1791–1867), Luigi Galvani (1737–1798), Alessandro Volta
(1745-1827), André-Marie Ampère (1775–1836), dan Georg Simon Ohm
(1789-1854). Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 pula,
ahli-ahli sains terkemuka dalam bidang kejuruteraan elektrik adalah
seperti Nikola Tesla, Samuel Morse, Antonio Meucci, Thomas Edison,
George Westinghouse,Werner von Siemens, Charles Steinmetz, dan Alexander
Graham Bell.
Nikola Tesla
Dalam
penggunaan biasa, istilah elektrik dikaitkan dengan beberapa konsep
biasa yang sebaik-baiknya dirujuk menggunakan istilah-istilah yang lebih
tepat:
Keupayaan elektrik (selalunya dirujuk sebagai voltan) - tenaga keupayaan per unit cas yang berkait dengan medan elektrik statik.
Arus elektrik - pergerakan atau aliran zarah-zarah bercas elektrik.
Medan elektrik - medan yang terdapat di sekeliling objek yang bercas.apabila terdapat objek bercas lain yang masuk ke medan ini, medan ini akan mengenakan daya ke atas objek tersebut.
Tenaga elektrik - tenaga yang terhasil akibat aliran cas elektrik melalui pengalir elektrik.
Kuasa elektrik - kadar penukaran tenaga elektrik daripada atau kepada tenaga dalam bentuk lain, seperti cahaya, haba atau tenaga mekanikal (sawat).
Cas elektrik - sifat asas terabadi pada sesetengah zarah subatom, yang menentukan saling tindak elektromagnetnya. Jirim bercas elektrik dipengaruhi oleh, dan dapat menghasilkan medan elektrik.
Rujukan :
http://elektrik15.blogspot.com/2015/12/pengenalan-kepada-elektrik.html
0 comments:
Post a Comment